Saturday, October 17, 2009

Pelajaran Elektronik (20 hingga 23 Oktober 2009)

Selamat sejahtera, para pelajar!

Kamu dikehendaki menyelesaikan beberapa tugasan, antara 20 hingga 23 Oktober, yang telah dimuat naik dalam http://www.cybermelayu.com/

Latihan elektronik ini hanya untuk para pelajar darjah 3 hingga darjah 5.

Kamu perlu log masuk ke tapak web http://www.cybermelayu.com/eduservice/edulearnlogon.asp?securitymessage=Authorization+Required+for+Edu%2DLearn%2E
atau www.cybermelayu.com (klik atas ikon kapal angkasa)

ID pengguna dan kata laluan kamu adalah serupa. Taip ID pengguna dan kata laluan yang telah diberi oleh guru Bahasa Melayu kamu.

Contoh:
ID Pengguna - QHP000
Kata Laluan - QHP000
(QHP mesti huruf besar diikuti dengan 3 siri angka)

Peringatan! Klik butang 'primary' sebelum klik ikon 'login'.

Jika kamu tidak ada komputer atau internet di rumah, datang ke makmal komputer sekolah. Setiap makmal akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 3 petang, dari hari Selasa hingga hari Jumaat.

Jika kamu menghadapi masalah teknikal, sila hubungi guru masing-masing atau e-mel kepada saya di alamat mohd_hizammuddin_mohd_yusof@moe.edu.sg

Selamat belajar!